Peranan Seorang Suami dalam kehidupan rumah Tangga

Apakah Peranan Seorang Suami ?

Suami itu lelaki. lelaki itu pemimpin. lelaki diciptakan ada kelebihan dari wanita untuk tujuan memimpin ini. Lelaki mestilah mampu untuk membuktikan bahawa mereka dapat mengatasi wanita dengan segala keistimewaan ini. Bila dikatakan pemimpin menurut islam ialah seorang yang boleh berkata kepada isterinya:
  1. Kita berkahwin adalah kerana tuhan, oleh tuhan dan untuk tuhan.
  2. Kita berkahwin adalah untuk bangunkan rumah tangga Islam.
  3. Kita berkahwin adalah untuk menambahkan taqwa kepada tuhan.
  4. Kita berkahwin supaya saya jadi imam, kamu jadi makmum, saya pemimpin, kamu pengikut.
  5. Kita berkahwin untuk melahirkan seramai-ramai anak sebab Rasulullah akan berbangga diakhirat bila ramainya umat.
  6. Saya akan hadiahkan kepada kamu sesuatu yang paling mahal iaitu cinta tuhan. bila kamu cintakan tuhan, tuhan akan tolong jayakan rumah tangga kita.
  7. Saya akan buktikan bahawa bila kita dapat bercinta dengan tuhan, kita akan jadi kaya raya lahir dan batin, aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.
  8. Saya akan buktikan bahawa bila kita cintakan tuhan, kita akan dapat berkasih sayang dan bercinta sampai mati dan sampai ke akhirat. allah yang janjikan dan allah yang mampu untuk melakukannya.
  9. Cintakan tuhan, nanti rumah tangga akan berjaya melepasi semua masalah.
  10. Cintakan tuhan, poligami pun akan bahagia apalagi monogami. Bukankah Tuhan itu Maha Berkuasa, masakan dia tak tahu untuk menjadikan manusia berbahagia dengan poligami, dengan kesusahan, dengan kesakitan, dengan perkongsian dan dengan penderitaan? tanpa cintakan tuhan, lihat, monogami pun huru hara!
Seorang suami, sebelum berkahwin sepatutnya sudah mengambil kursus untuk menjadi suami yang adil, yakni pemimpin yang adil. Menjadi pemimpin adil lebih susah dari menjadi doktor yang pakar atau kelulusan phd yang handal. Kursus tentangnya sepatutnya bukan 7 tahun, tapi seawal dia dilahirkan ke dunia. ibu bapanyalah profesornya untuk pastikan dia ialah seorang yang :
  1. Cintakan tuhan lebih daripada cintakan ibu bapa kerana tuhan sanggup bekalkan oksigen percuma setiap saat.
  2. Amalkan rukun iman untuk hati, amalkan rukun islam untuk akal, fikiran dan fizikal.
  3. Praktikkan ihsan yakni akhlak yang tinggi terutamanya pemurah dan penyayang, sabar, redha dan lain-lain.
  4. Dalam hidupnya, dia pandai bersyukur bila diberi nikmat oleh tuhan. pandai bersabar bila diberi kesusahan oleh tuhan. Orang islam, orang beriman, orang bertaqwa itu bahkan dia senang dengan kesusahan kerana dengannya tuhan jadikan manusia ingatkan tuhan. dalam nikmat walaupun bersyukur tapi orang lebih mudah untuk lalai dan terjebak dengan penyakit cinta dunia dan takut mati
  5. Sangat mengutamakan tuhan dalam hidupnya, hinggakan isteri-isteri dapat ditarik kepada tuhan walhal isteri-isteri sangatlah tertariknya kepada dunia.
  6. Praktik bank tuhan, yakni segala keperluan hidup dan perjuangannya tuhan yang sponsor.
  7. Praktik kasih tuhan, yakni segala keperluan perhatian dan kasih sayang oleh ahli keluarga, Allah yang bekalkan. Semua terasa diberi perhatian dan kasih sayang. allahlah yang menggerakkan semuanya agar terjadi. allah yang tolong buatkan sampai terjadi, mana-mana yang manusia tidak mampu berbuat, allah yang akan buatkan.
Bahaya besar yang paling ditakuti oleh suami terhadap keluarganya ialah ditimpa penyakit cinta dunia dan takut mati. Sebab itu rumahnya dijadikan klinik untuk merawat penyakit paling bahaya itu. pesakit akan dilatih dengan sembahyang khusyuk lima kali sehari. sembahyang khusyuk boleh cabut kedua-dua penyakit tadi. sembahyang khusyuk ialah :
  1. Secara serius menguasai bacaan-bacaan dan perbuatan dalam sembahyang.
  2. Secara serius memahami apa yang dibaca dan dibuat.
  3. Secara serius berusaha untuk merasai perasaan yang patut ada di dalam bacaan dan perbuatan senbahyang
Insya-allah, kesan dari sembahyang akan terbawa-bawa dalam kehidupan, rasa takut dan cinta dan mengharap kepada Allah lama-kelamaan akan menggantikan rasa cinta dunia dan takut mati itu.
Suami yang adil menurut islam ialah suami yang mampu menjadikan keluarganya aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah. Untuk mendapatkan semua itu, suami kenalah berusaha untuk fahamkan, yakinkan dan cintakan keluarganya kepada allah. bukankah Allah swt telah lama berpesan, firmannya :
Maksudnya; "SELAMATKAN DIRIMU DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA" (surah at-tahrim:6)
Nanti di depan allah di dalam mahkamah akhirat, jangan kata, "tak tahu pun yang allah pernah perintahkan supaya saya kena selamatkan diri dan keluarga dari api neraka" memang syaitan dan nafsu ammarah akan bekerja dengan amat sangat supaya kita tidak pedulikan neraka. awas, orang islam tidak percayakan dan tidak pedulikan neraka boleh murtad.
Menyelamatkan diri dan keluarga dari api neraka adalah jadi keutamaan untuk kita mengusahakan.untuk itu kenalah kita jadikan setiap kerja kita itu sebagai ibadah, yakni dengan memenuhi 5 syarat iaitu:
  1. Niat mesti betul (yakni kerana Allah)
  2. Pelaksanaan mesti mengikut syariat Allah.
  3. Agenda-agendanya mestilah halal dan bertepatan dengan syariat.
  4. Tidak meninggalkan perkara (rukun) asas iaitu rukun iman dan rukun Islam.
  5. Natijah dan penghasilan dari usaha membangunkan rumah tangga islam itu mestilah taqwa dan dimanfaatkan kepada Allah dan agama-nya.
Untuk lebih memahaminya silakan membaca buku saya bertajuk: ibadah menurut Islam suami bilamana sudah melakukan tanggungjawab yang pokok ini, nescaya Allah akan menaungi rumah tangganya dengan memberi tambahan iman dari masa ke semasa dan rezeki dimurahkan-nya. allah itu pasti bereaksi dengan macam-macam respons. Jangan sangka Allah tiada peranan dalam rumah tangga. bahkan setiap saat. dialah mencatur langit dan bumi dan segala isinya. ini semuanya adalah janji Allah dan wajib bagi Allah itu menunaikan janji-nya.
Namun ada syarat-syarat lagi yang mesti dipenuhi iaitu lapan syarat taqwa:
  1. Dapat hidayah
  2. Ada ilmu
  3. Beramal
  4. Yakin
  5. Mujahadah
  6. Istiqamah
  7. Guru mursyid
  8. Doa
Ya, tidak boleh tidak seseorang muslim itu hendaklah berguru dengan guru mursyid. guru yang dilantik tuhan, yang mempraktikkan sunnah nabi, yang bercakap dan berbuat cara-cara hidup islam. dia pewaris nabi kita yang sudah wafat, sedangkan dia ini dapat berhubung hati dengan rasullulah saw. hakikatnya nabi-lah yang sedang berperanan untuk menyelamatkan umatnya di akhir zaman ini. jika tidak, mengapa baginda dikatakan nabi akhir zaman. apa peranan-nya ?
Wahai Rasulullah saw, nabi akhir zaman, kami sedang berkursus untuk selamatkan diri dan keluarga dari api neraka. sedangkan keluarga itu ialah keluarga poligami. hadirlah dan ikut campurlah dengan mukjizatmu agar perkara yang sukar ini dapat kami laksanakan dan jayakan dengan mudah sahaja. agar semua yang merinduimu dapat diselamatkan dengan iman dan Islam.
Share on Google Plus

About Saida Waliya

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment